Wednesday 26 September 2012

cerite pendek sedih (cerpensed)

Assalamualaikum . nie aku nak cerite kesedihan aku kat sini nie . nak mintak simpati sikit . tengah malam bute . aku bersame teman2 rumahku di ruang dapur . aku berlegar ke sane ke mari mencarik sesuap nasik . aku menahan perut yang tengah tunggu masa nak meletup kerana bunyik sungguh kuat . senang cite cakap je lah aku kebuluran . aku mencarik dan terus mencarik sesuap nasik untuk mengisi perut yang kekosongan ini . selepas mencarik aku kehampaan kerana aku sudah tidak berdaya lagi . aku terlihat beberape bungkus maggi di atas meja yang usang di dapur tersebut lalu aku menanyakan.....

"weh . siape punye maggi kat dalam plastik nie, doe?"

lalu adah (teman sebilikku) berkata....

"tu maggi ika"

lalu aku duduk di kerusi semule . dengan segan silu aku berkata kepada adah......

"aku nak maggi tu . tapi aku malu nak cakap dengan ika"

dikala aku berkata begitu kepada adah . lantas ika mendengar suara yang sayup itu . aku pun menundukkan kepaleku sedikit menujukkan yang aku ini seorang yang pemalu dan lemah lembut terhadap teman serumahku. setelah ika mendengar suaraku yang sayup itu .
lantas ika berkata........

"ambek jela maggi tu . nak malu2 plak die"

aku bermekapkan pipi yang merah kerana teramatlah malu . lalu aku berkata........

"boleh ke ika? aku nak sikit ekk . nanti aku bayar. heeee"

aku terus menuju ke beg dompetku yang padat itu dan mengeluarkan sehelai wang kertas lima ringgit malaysia . dan aku memberi kepada ika(teman serumahku) . aku berkata..........

"nah ni ika..rm5 aku bayar sekali maggi dengan sabun baju yang sesuke hati aku je pakai haritu. okayyy ambek lah:)"

aku terus menuju ke bungkusan2 maggi dengan pantas nye kerana terlalu lapar . aku memasak bagi pihak adah sekali . kerana dia leka dengan alam sibernye itu . aku pun menjerang air dengan menggunakan pusingan besi kerana dirumahku tiada gas dan kettle untuk menjerang air . yang mampu hanya pusingan besi . aku bersyukur . setelah berejam menjerang air ...


tibe2 jug yang tengah aku jerang cair dan berlubang . lalu aku menggelabah tidak menentu hala kerana aku takut, seram sejuk, fobia . jika bekas itu milik jiran terdekat . aku menjerang air dengan menggunakan jug lain kerana jug yang tadi tidak boleh digunapakai lagi. kemungkinan bahan kimia seperti floride, ammonium, zinc dan lain2 terdapat didalan air yang tengah menggelegak panas itu. mungkin selepas ini aku akan lebih berhati2 . seterusnye aku memasukkan air yang panas hangat dan berapi itu ke dalam bekas yang mengandungi maggi . 


 lalu aku menjerang lagi air tetapi berlainan bekasnye . aku merebus dua bijik telur ayam yang disabun olehku sebelum merebus kerana untuk mengelakkan jangkitan kuman yang terdapat pada kulit telur ayam tersebut . saat ini paling sedih bagi diriku yang tengah kelaparan ini . bermacam dugaan yang ku tempuhi sepanjang perjalanan sebagai seorang tukang masak maggi pada malam tersebut . tetapi aku sabar, redha, pasrah dengan ketentuan-Nya .

sudah di cabar dengan dugaan aku dicabar lagi dengan dugaan paling besar . semasa aku menempuhi liku2 yang pahit . aku hanye mendengar hilai tawa teman serumahku . aku hanya mampu bersedih di dalam hati yang lara . tiada sesiapa membantuku . sudah dihilai ketawa . di ambil2 gambar ku semasa memasak telur *tetapi tiada sedikitpun cebisan mukaku pun didalam gambar . hanya dua biji telur ayam yang tengah menggeletek menahan kesakitan panas,haba air yang direbus di dalam bekas* . setelah diambil gambar dua biji telur ayam sahaja itu lalu dijaja di laman twitter(burung biru) untuk santapan umum . aku hanya mampu melihat kebahagiaan mereka dengan menemankan hati yang lara . sewaktu berdepan dengan liku2 . satu lagi dugaan menimpa . apabila teman serumahku mendengar satu dentuman yang sangat kuat . aku terkejut . aku kaku . aku terpanar melihat.......













.................... halamakkkk ! telur ayamku pecah . astaghfirullah al-azim . aku melihat dengan mate kasarku . yang putihnye sudah keluar daripada kulit lalu air yang jernih tadi bertukar menjadi keladak2 daripada telur putih yang terkeluar tadi . sekali lagi aku mendengar hilai tawa teman serumahku . aku hanye terkaku dan tidak tahu untuk berbuat ape2 . aku mengambil sebiji telur ayam lagi dan memasukkannye ke dalam bekas yang panas itu . lalu aku mengambil bekas kosong dan aku membuka telur ayam yang pecah itu . aku melihat di dalamnye .



alhamdulilllah . aku berjaya melakukannya . telur ayam separuh masak . lalu aku mengukirkan senyuman yang manis untuk dipandang . aku memasukkan telur ayam separuh masak itu ke dalam maggiku yang sejuk, beku kerana terlalu lama di bawah angin kipas yang agak maksimum kelajuannye . lalu adah (teman sebilikku) mengambil telur ayam yang sempurna itu . aku begitu teruje kerane setelah berejam perutku kosong . akhirnye dapat juge ku masukkan maggi ke dalam perutku yang membebel selama aku menjadi seorang tukang masak pade malam tersebut .

mawar(teman sebilikku) hanye terliur melihat kenikmatan dan kerakusan aku bersame adah menyuapkan maggi ke dalam mulut . kerana mawar tidak menyukai makanan yang mengandungi telur ayam separuh masak.



telur yang selebihnye itu aku memberi kepade seekor kucing yang sangat comel dan manje yang tengah kelaparan juge sepertimane aku kelaparan tadi . aku sangat memahami perasaan kucing tersebut . setelah kucing tersebut makan . lalu ia pun meninggalkan makanan yang ia habisi itu . ia beredar dengan perut yang berisi telur ayamku . aku terkilan dan sedih .



terima kasih ya Allah kerana telah membuke pintu rezekiku untuk mengisi perutku yang kosong ini . alhamdulillah . amin :')

No comments:

Post a Comment